SEJARAH PPD
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh, Kelantan ditubuhkan pada 1 Jun 1982. (Dulunya dikenali sebagai PPD Pasir Puteh-Bachok kemudiannya bertukar daerah pentadbiran dan dikenali pula sebagai PPD Pasir Puteh-Machang) Pejabat pengurusan PPD Pasir Puteh yang pertama ialah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kai Chih, Pasir Puteh, Kelantan.
Satu ruang bilik darjah dengan keluasan 25 kaki x 30 kaki telah dijadikan pejabat PPD Pasir Puteh. Disebabkan ruang yang sempit dan kurang selesa untuk menjalankan operasinya, PPD. Pasir Puteh terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L), Pasir Puteh, Kelantan dan diberi satu blok bangunan 3 bilik darjah bangunan lama di sekolah tersebut pada 10 Januari 1983.
Pada 26 Januari 1984, PPD. Pasir Puteh telah mendapat sebuah bangunan baru yang dibina dalam kawasan Sekolah Menengah Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan. Bangunan kilat ini mengandungi 1 bilik darjah yang dijadikan ruang pejabat pengurusan, 1 bilik Pegawai Pelajaran Daerah, 1 bilik darjah yang diubahsuai dan dijadikan dewan dan beberapa bilik diubahsuai untuk menempatkan beberapa orang Pegawai Ikhtisas PPD. Pasir Puteh.
01.01.2004 : PPD Pasir Puteh-Bachok telah berpisah dan kini dikenali sebagai PPD Pasir Puteh-Machang.
01.04..2008 : PPD Pasir Puteh-Machang telah berpisah dan kini dikenali sebagai PPD Pasir Puteh
Bermula tarikh ini, maka PPD Pasir Puteh bergerak khusus dan fokus kepada perkembangan pendidikan di Daerah Pasir Puteh sahaja.
01.07.2012 : Bermulanya era baru PPD Pasir Pateh yang lebih ceria dan selesa. Menjadi pemangkin kepada usaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Bermula dari tarikh ini, segala urusan berkaitan pendidikan berjalan di bangunan baru di Taman Kobena, Pasir Puteh.